HANYA KERANA
EPAL J
Assalamualaikum
J
JOM MENGETEH
kembali lagi. Err. Okay kali ni hamba nak berkongsi mengenai perihal “kasih
sayang”. Nilai-nilai sejagat melalui persahabat dan ukhuwah yang sejati dalam
ikatan persaudaraan. Kasih sayang adalah
motivasi teragung untuk berubah. Kelebihan dan keupayaan kita untuk berkasih
sayang dengan insan yang lain sebenarnya
di bentuk oleh pengalaman kita berkasih sayang dengan diri kita sendiri. Kita
selalunya suka di kasihi sebagaimana kita berkasih dengan orang lain. Hmm. Pening
ayat kasih sayang tadi ? Tapi InsyaAllah ayat tadi mencerita kan tentang kuasa
kasih sayang dalam kata dasar . NAH ! Namun pernah tak kita terfikir macam mana
nak membentuk ukhuwah dan nilai tersebut? Melalui apa ek ? HARTA ? PARAS RUPA ?
KEBIJAKSANAAN? EPAL?
Acece.
Alang-alang tersebut pasal epal, hamba ada satu kisah yang menunjukkan betapa
hanya dengan kerana sebiji epal mampu untuk membentuk ukhuwah. Namun terdapat
juga segelintir yang memikirkan tentang duit dan kekayaan sahaja dengan
mengabai kan nilai persahabatan. So sekarang masanya untuk hamba menceritakan
kisah tersebut. Mungkin tidak menarik, namun InsyaAllah bermanfaat J
Alkisahnya…..*Pandang
ke atas, bayangkan…*
*****
Puan Sarah adalah seorang wanita yang baik dan disenangi
ramai. Beliau sangat sayang dan kasih kepada dua anak kembar lelaki beliau yang
masih kecil, Arif dan Sazlan. Mereka berumur lapan tahun. Suatu hari, Puan
Sarah memberikan setiap anak kembar beliau sebiji buah epal yang merah,besar dan ‘juicy’. Arif dan Sazlan
memasukkan buah epal tadi kedalam bekas makanan bersama bekalan nasi goreng
untuk bekalan pada waktu rehat yang disediakan ibu mereka. Sewaktu rehat, Arif
telah menjual buah epal itu dengan harga dua ringgit. Dia mahu mengumpul duit
dengan harapan mahu membeli alat permainan terbaru. Arif telah menjual buah
epal tadi kepada kawannya yang kaya, Hazwan. Hazwan memang terkenal dengan
sifatnya yang gemarkan makanan. Dia telah memberi duit kepada Arif dan
mengambil epal tersebut. Dalam pada masa yang sama, Sazlan berasa kesian kepada
seorang budak miskin yang berpakaian lusuh dan duduk di pagar sekolah sewaktu
rehat. TIada apa-apa untuk dimakannya. Lalu, Sazlan memberikan epal tersebut
kepada budak miskin tersebut.
![]() |
| Epal yang merah,besar dan ‘juicy’. |
Pada keesokkan harinya, budak miskin tersebut telah
berterima kasih kepada Sazlan kerana pemberian buah epal tersebut. Dia juga
telah menolong Sazlan untuk mengangkat beg sekolahnya dan sama-sama
mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Arif pada masa yang sama,
kecewa. Hazwan telah menipunya dengan memberikan duit kertas dua ringgit yang
koyak. Arif menangis tetapi Sazlan gembira bersama sahabat barunya,sahabat yang
baik J
Surah Ar-Rum,ayat 21 (30:12) yang bermaksud
“ Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya
ialah menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri, agar kamu
cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh,pada
yang demikian itu benar-benar tanda
kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”
Giving and Sharing. Do you believe that the love of money is
the first step towards all kinds of sin ? Some principles to keep away from
love of money. Realize that one day riches will all be gone. Be content with
what we have. Monitor and conduct what we are willing to do to get more money.
Love people more than money. Love Allah’s work more than money. Freely share
what you have with others. Because I believe that life takes on new meaning
when we give ourselves to others.
MANFAAT ILMU YANG TERSIMPUL MENJADI HARAPAN HAMBA TATKALA LIMPAHAN ILMU DI USAP DI CICIP TUAN HAMBA SEKALIAN :) SEBAR KAN EPAL !















