Haa. Alang-alang dah cuti ni. Setiap manusia mengingin kan kekayaan bukan. Nescaya nafsu dalam diri mesti menghasut jiwa, nafsu,kalbu dan haa segala-galanya lah untuk mendapat kan kekayaan sebanyak yang boleh! Hamba ada satu kisah 'pada zaman dahulu' dah macam kartun kat Astro ceria lah pulak yang pasal kancil tu. Tapi ini bukan. Ini merupakan satu kisah analogi yang menunjukkan kenapa lah kita perlu kan harta yang banyak banyak banyak sedangkan...
Alkisahnya.
Hujung minggu. Suasana damai di mana-mana. Seorang Raja berjumpa dengan seorang penunggang kuda terhebat di negara tersebut dan berkata “Jikalau tuan hamba mampu untuk menunggang kuda dan merantau ke seberapa banyak tanah dan kawasan yang tuan hamba mampu, nescaya beta akan hadiahkan tanah dan kawasan tersebut kepada tuan hamba mengikut jumlah tanah dan kawasan yang tuan hamba rantau”. Seperti di sangka, penunggang kuda tersebut,pantas dan bingkas menaiki kudanya, dan menunggang selaju yang boleh untuk merantau ke beberapa banyak kawasan yang mampu di rantaunya. Dia terus menunggang dan mengasak kudanya untuk berlari sepantas yang boleh. Apabila dia terasa lapar dan penat, dia tidak berhenti kerana dia mahu untuk merantau ke kawasan sebanyak yang dia mampu,dengan harapan untuk memiliki tanah dan kawasan tersebut. Sampai satu masa, dia telah merantau ke setiap pelosok tanah dan kawasan di negara tersebut dan dia mendapati dirinya lemah, kepenatan dan nazak. Kemudian, dia berkata kepada dirinya, “Mengapa aku memaksa diri aku dengan penat lelah untuk merantau dan mengumpul sebanyak tanah dan kawasan yang aku mampu? Dan sekarang aku sedang nazak dan sedangkan aku hanya memerlukan jumlah tanah yang kecil untuk mengebumikan diri aku”.
Surah Al-Imran, ayat 14 (3:14) Yang bermaksud “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang di inginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik”
![]() |
| Ini kah erti kekayaan dalam diri kita ? |
![]() |
| Kata-kata pujangga :) |
![]() |
| Liang lahad. Tanah yang kecil. Bekalannya hanyalah amalam di dunia sahaja. Sudah bersedia kah kita ? |
Kisah di atas adalah analogi dengan perkitaran hidup kita sekarang. Kita selalu memaksa diri hampir setiap hari untuk mengumpul duit, harta, kuasa dan kredibiliti. Sehinggakan kita sanggup mengabaikan kesihatan, masa bersama keluarga dan penghargaan kepada keindahan alam semulajadi. Suatu hari nanti apabila kita memikirkan semula apa yang kita buat, kita akan katakan bahawa kita tidak memerlukan semua itu, tapi kita tidak mampu untuk memutar masa untuk melakukan apa yang kita tertinggal. So take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Hidup ini singkat. Life is short no matter how long we live. Do not take life for granted. Live for Allah today! Live a balance lifestyle-enjoy life :)






No comments:
Post a Comment