Thursday, 29 November 2012

HANYA KERANA EPAL :)



HANYA KERANA EPAL  J

Assalamualaikum J

JOM MENGETEH kembali lagi. Err. Okay kali ni hamba nak berkongsi mengenai perihal “kasih sayang”. Nilai-nilai sejagat melalui persahabat dan ukhuwah yang sejati dalam ikatan persaudaraan.  Kasih sayang adalah motivasi teragung untuk berubah. Kelebihan dan keupayaan kita untuk berkasih sayang  dengan insan yang lain sebenarnya di bentuk oleh pengalaman kita berkasih sayang dengan diri kita sendiri. Kita selalunya suka di kasihi sebagaimana kita berkasih dengan orang lain. Hmm. Pening ayat kasih sayang tadi ? Tapi InsyaAllah ayat tadi mencerita kan tentang kuasa kasih sayang dalam kata dasar . NAH ! Namun pernah tak kita terfikir macam mana nak membentuk ukhuwah dan nilai tersebut? Melalui apa ek ? HARTA ? PARAS RUPA ? KEBIJAKSANAAN? EPAL?


Acece. Alang-alang tersebut pasal epal, hamba ada satu kisah yang menunjukkan betapa hanya dengan kerana sebiji epal mampu untuk membentuk ukhuwah. Namun terdapat juga segelintir yang memikirkan tentang duit dan kekayaan sahaja dengan mengabai kan nilai persahabatan. So sekarang masanya untuk hamba menceritakan kisah tersebut. Mungkin tidak menarik, namun InsyaAllah bermanfaat J

Alkisahnya…..*Pandang ke atas, bayangkan…*


*****
Puan Sarah adalah seorang wanita yang baik dan disenangi ramai. Beliau sangat sayang dan kasih kepada dua anak kembar lelaki beliau yang masih kecil, Arif dan Sazlan. Mereka berumur lapan tahun. Suatu hari, Puan Sarah memberikan setiap anak kembar beliau sebiji buah epal yang  merah,besar dan ‘juicy’. Arif dan Sazlan memasukkan buah epal tadi kedalam bekas makanan bersama bekalan nasi goreng untuk bekalan pada waktu rehat yang disediakan ibu mereka. Sewaktu rehat, Arif telah menjual buah epal itu dengan harga dua ringgit. Dia mahu mengumpul duit dengan harapan mahu membeli alat permainan terbaru. Arif telah menjual buah epal tadi kepada kawannya yang kaya, Hazwan. Hazwan memang terkenal dengan sifatnya yang gemarkan makanan. Dia telah memberi duit kepada Arif dan mengambil epal tersebut. Dalam pada masa yang sama, Sazlan berasa kesian kepada seorang budak miskin yang berpakaian lusuh dan duduk di pagar sekolah sewaktu rehat. TIada apa-apa untuk dimakannya. Lalu, Sazlan memberikan epal tersebut kepada budak miskin tersebut.


Epal yang  merah,besar dan ‘juicy’.



Pada keesokkan harinya, budak miskin tersebut telah berterima kasih kepada Sazlan kerana pemberian buah epal tersebut. Dia juga telah menolong Sazlan untuk mengangkat beg sekolahnya dan sama-sama mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Arif pada masa yang sama, kecewa. Hazwan telah menipunya dengan memberikan duit kertas dua ringgit yang koyak. Arif menangis tetapi Sazlan gembira bersama sahabat barunya,sahabat yang baik J


Surah Ar-Rum,ayat 21 (30:12) yang bermaksud

“ Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”


Giving and Sharing. Do you believe that the love of money is the first step towards all kinds of sin ? Some principles to keep away from love of money. Realize that one day riches will all be gone. Be content with what we have. Monitor and conduct what we are willing to do to get more money. Love people more than money. Love Allah’s work more than money. Freely share what you have with others. Because I believe that life takes on new meaning when we give ourselves to others.

MANFAAT ILMU YANG TERSIMPUL MENJADI HARAPAN HAMBA TATKALA LIMPAHAN ILMU DI USAP DI CICIP TUAN HAMBA SEKALIAN :) SEBAR KAN EPAL ! 

2 comments:

Inspector Saahab said...

best. sbb kena dgn bckground music. sayu weh. haha

i suggest, edit setting untuk comment, buat pop up window. easier. and no word verification. much easier to comment ;)

Muhammad PeacemakerIslam said...

Alhamdulillah.Best akhee..

perkongsian:Baru2 ini,ana terjumpa dengan seorang jutawan Islam,dan dia mengunakan segala untung daripada income nya untuk membantu orang orang yang benar dalam kesusahan terutama orang yang bermasalah dalam menyelesaikan hutang mereka.Apabila ditanya sama ada perlu dibayar atau tidak.Dia memberi 2 option:

sama ada tidak perlu bayar,atau bayar kembali jika berkemampuan dengan bersetuju wang itu akan digunakan kembali untuk yayasannya untuk membantu orang fakir miskin yang kesusahan.Bila ditanya rahsia dia berbuat dan berjaya sebegitu rupa,dia jawab..

Kembali kepada Allah,kembali kepada fitrah,dunia akan mengejar kita dan hati kita akan tenang.

Teruskan usaha yang baik ini,InsyaAllah.