Bismillahirahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun.Bersyukur dengan
segala nikmat dan hidayah-Nya dapat juga hamba berkongsi bingkisan
yang julung-julung kalinya di tulis.
Ini buat kali
pertama hamba ini menulis warkah ini dengan harapan sekadar berkongsi
bingkisan untuk hati dan mengisi jiwa hamba serta hamba-Nya yang
lain.
Cliche tak ayat tadi ? Kan kan
?!
Ahhh Okay tu ayat
"cliche" skema. Ikut format katanya.
HAHA :) Tapi betul
la kan ?
Okay kembali
*serius*
Kita barangkali
mengetahui akan hakikat hidup ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau pun
amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah,
waima dengan sepatah perkataan. Haa ambik kau. waima gitu. Tapi
betul lah. Walaupun dengan satu perkataan pun dah di kira sebagai
amalam yang akan di pandang Allah. Selagi mana kita sentiasa istiqomah
dengan usaha menyeru ke arah ketaatan kepada Allah :) Sama ada melalui
lidah mahupun pena. Tak gitu ?
Tiada apa yang lebih
bermakna selain daripada kepuasan apabila tuan hamba semua dapat
meneguk manisnya ilmu yang terkandung dari setiap post-post yang akan di
warkah kan :) Dan tiada apa yang lebih berharga selain
menjadi sebahagian daripada pemangkin pembangunan tamadun cinta kan
ilmu biarpun ia harus melalui proses yang panjang. Persis pepatah lama
Cina yang berbunyi, "andai ingin kan kebahagiaan setahu, senailah
benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai
ingin
kan kebahagiaan
seratus tahun,didik lah manusia" :) InsyaAllah :)
Pada lembaran in,
hamba hanya nak sentuh mengenai pengenalan untuk post-post yang akan
datang. haa. Nampak tak perancangan hamba ? Tersusun kan ? Sangat
dinamik dan tersendiri. HAHA
Alaaa, walaupun baru
terhegeh-hegeh, tertatih-tatih nak belajar buat wacana ilmu ini( Blog
"letstehtarik") tapi hamba mampu juga belajar WALAUUPUN *gaya
menyampah*. Hehe :)
Wacana ini akan hamba perkongsi kan secara umumnya dengan kisah-kisah nasihat takpun dengan kisah norma masyarakat dari kaca pandangan tuan hamba namun secara tidak langsung dapat kita merefleksi diri kita sebagai hamba Allah.
Mungkin lembaran
wacana hamba ini tidak mampu untuk mencangkupi dan mempersembahkan
kesempurnaan ilmu yang amat luas ruang lingkupnya, tetapi
sekurang-kurangnya ia dapat menjadi sebahagian ruang untuk
mancapai kesempurnaan tersebut. Haa. faham tak ? Lantas
InsyaAllah dengan ia dapat tumbuh segar menjadi banat dan rimba ilmu
yang berharga :)
Namun hamba pun
masih mencuba untuk memperbaiki diri yang lemah. :) namun kita harus yakin
bahawa cahaya dan hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara :) So
kitaharus ambil peluang dan jangan biar kan hidayah itu berlalu pergi
begitu sahaja. Hidayah Allah, jangan kau pergi lagi :'(
Hidayah Allah harus di cari
dan di pohon kepada Allah :) Ia tidak datang dengan sendiri :)
|
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
وَمَنْ أَحْسَنُ
قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي
مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia
sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada
Allah)!" ( Surah Fussilat: 33)
And who is better in speech than him who prayeth
unto his Lord and doeth right , and saith : Lo! I am of those who surrender (
unto Him ) .( Surah Fussilat: 33)
Manfaat ilmu yang
tersimpul menjadi harapan tatkala limpahan ilmu di usai di cicip tuan hamba
sekalian :)
*hamba*




No comments:
Post a Comment