AGAR SELALU
DI SAYANGI ALLAH J
Dalam kehidupan
sehari-hari, seorang individu muslim pasti akan merasakan berbagai gejolak
emosi, kadangkala merasa kan indahnya jatuh cinta, kadangkala merasakan amarah benci, kadangkala merasakan jiwanya di bayangi
ketakutan bahkan merasakan luapan kegembiraan,kesediaan, rasa marah,cemburu,
dan iri hati. Ewah ewah ewah. Hamba merasakan seolah berada dalam drama/filem
yang bermain-main dengan pelbagai emosi dan perasaan sendiri. Terfeeling gitu.
HAHA
Yeah!
Bercakap mengenai perasaan, hamba sebenarnya nak bercakap perihal mengenai
CINTA. Alaaaa. Hamba bukan nak bercakap mengenai cinta romantic yang kamu kamu
semua pernah lihat kat laptop mahu pun TV. Apa?! The Vow? Titanic? The Shakespeare
love ? Ish ish. Lagha semua tu.
Tapi hamba
nak bercakap mengenai perasaan CINTA DAN NIKMAT Allah yang datang kepada kita
melalui pelbagai cara. Tersendiri katanya. CLASS tak ?! VARIASI CINTA.
Mungkin kita
selalu terlepas pandang bahawa cinta dan nikmat Allah itu kadang-kadang selalu
datang dengan cara yang kita tidak jangka kan. Rasa cinta kepada Allah adalah
cinta manusia yang sangat mulia kerana mewujudkan kebahagian dan kenikmatan rohani
J Untuk mendapat
perasaan indah cinta Allah itu, kita mesti memahami dan menghayati isi Al-Quran
itu sendiri. Jadikan kitab Agung itu sebagai panduan dan cahaya dalam kehidupan J Jika
manusia mahu memerhatikan dan mengira segala nikmat yang di berikan oleh Allah, maka ia
tidak mampu menghitungnya. So macam biasa hamba ada satu kisah yang menunjukkan
betapa kita selalu tertinggal untuk bersyukur atas nikmat dan cinta yang di
kurniakan oleh Allah kerana nikmat dan cintanya tidak datang dengan cara yang
kita harap kan.
Alkisahnya…
*TARIK NAFAS DULU, RELAX BARU BACA*
*****
Akhirnya, masa itu tiba. Azhar, anak muda yang sedang
menunggu hari untuk menerima Ijazah graduasi selepas berjaya menamatkan zaman
pembelajarannya di dalam bidang Farmasi di sebuah universiti tempatan yang
ternama. Dia bangga. Puas setelah segala penat lelah, akhirnya dia bakal
mengenggam segulung ijazah kejayaan yang di impikannya selama ini.
*****
Selama berbulan-bulan, dia sangat mengidamkan untuk memiliki sebuah kereta sport yang
berwarna merah yang di lihatnya di sebuah ‘showroom’ berhampiran rumah
keluarganya. Dengan mengetahui kemampuan ayahnya yang mampu untuk membeli
kereta tersebut, Azhar pantas memberitahu permintaannya itu kepada ayah.
Majlis graduasi semakin hampir. Anak muda itu menunggu untuk
menerima sebarang petanda ataupun kejutan yang ayahnya telah membeli kereta
tersebut. Akhirnya pada pagi di hari majlis graduasinya, ayah memanggil Azhar
untuk pergi ke bilik bacaan di tingkat bawah rumahnya. Azhar berlari menuruni
tangga. Langkahnya kian laju. Setibanya di bilik bacaan, ayah memberitahu yang dia sangat bangga memiliki anak yang
baik dan berjaya seperti Azhar. Malahan, ayah memberitahu betapa dia sangat
mencintai anak tunggalnya itu. Azhar bangga dalam masa yang sama dia hanya
memikirkan kereta sport idamannya itu. Kemudian ayah mengeluarkan satu balutan
kotak terhias indah yang berwarna biru. Curiga,ingin tahu namun hati Azhar
kecewa setelah membuka balutan itu. Di dalamnya terdapat sebuah naskhah
Al-Quran yang berkulit hitam beserta nama “Azhar” yang terukir di atas
‘bookmark’ naskah suci itu yang disaluti dengan warna emas. Bengang, marah. Azhar meninggi kan
suaranya kepada ayah dan berkata “dengan segala duit dan kekayaan ayah, hanya buku ini yang mampu ayah bagi kepada
saya?!”. Azhar geram dan meninggalkan
Al-Quran pemberian daripada ayahnya itu. Hatinya penuh dengan api-api dendam.
*****
Tahun demi tahun berlalu. Azhar kini berjaya di dalam bisnes
rangkaian farmasinya yang terdapat di seluruh negara.Dia mempunyai
segalanya. Rumah yang besar,indah. Keluarga yang bahagia. Dia merasai
kekurangan. Dia menyedari keadaan ayahnya sudah lanjut usia. Seringkali
terfikir di dalam hatinya yang dia harus melawati ayahnya. Namun hatinya keras.
Azhar tidak pernah berjumpa dengan ayah sejak peristiwa di pagi hari majlis graduasinya
itu. Kali ini dia benar-benar terpanggil untuk melawat ayahnya,
walaubagaimanapun,sebelum sempat dia mengatur pertemuan dengan ayahnya, Azhar
menerima panggilan daripada peguam ayahnya yang menyatakan bahawa ayah sudah
pergi menghadap Ilahi dan meninggalkan segala harta warisan kepada Azhar. Dia
perlu pulang ke rumah ayahnya dengan kadar segera dan menjaga segala harta
benda yang di tinggalkan untuk nya. Dia juga perlu menyimpan segala
kertas-kertas penting yang di wasiat oleh ayahnya.
*****
Apabila dia tiba rumah ayah, secara tiba-tiba perasaan sedih
dan bibit-bibit penyesalan lahir dari benak hatinya. Hatinya harus kuat.
Alhamdulillah segala proses pengebumian ayahnya berjalan dengan lancar. Hatinya
rapuh mengingat kan tindakan bodoh yang di lakukan sehingga sanggup mengabaikan
ayahnya sendiri . Azhar mula mencari kertas-kertas penting seperti yang
diarahkan oleh peguam ayah dan tatkala asyik mencari, tiba-tiba dia ternampak
naskah Al-Quran sama yang telah di tinggalkan oleh dirinya beberapa tahun lalu.
Itulah pemberian ayah. Keadaannya masih baru. Segala memoir lampau yang berlaku
terus mengasak di fikirannya.
Dengan tangisan dan hati yang penuh dengan penyesalan, dia
membuka kalam suci Allah itu dan membelek-belek dari satu muka surat ke satu
muka surat. Ayahnya telah membuat
tandaan dengan mengariskan ayat 16 di surah Al-Maidah(5:16) yang bermaksud “Dengan
Kitab(Al-Quran) itulah Allah memberi
petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan
dengan kitab itu juga Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada
cahaya dengan izin-Nya, dan menunjukkan jalan yang lurus”. Sedang dia
membaca ayat-ayat Allah itu, sebuah kunci kereta terjatuh dari belakang naskah
itu.
Ya Allah hatinya berbisik. Kunci tersebut bersama dengan tag
kereta yang diidamkan selama ini dan sama dengan jenis kereta yang betul-betul
di lihatnya di ‘showroom’ tersebut. Di tag tersebut, tertulis tarikh
graduasinya dan frasa, “Untuk anakku tercinta,kejarlah cita-citamu dan
berpeganglah dengan kitab ini sebagai panduanmu”. Hatinya runtuh. Bisu. Kaku.
******
Haaa. Sedih tak? So kat sini hamba nak bertanya kedalam hati tuan hamba sekalian, pernahkan kita tertanya dengan diri kita, berapa kali kita tidak bersyukur dengan rezeki Allah dan terlupa akan nikmat-Nya kerana segala nikmat, kasih, cinta dan rezeki-Nya tidak datang dengan cara yang seperti kita harapkan? Kejar lah cinta ALLAH J BERSYUKUR KEPADANYA :/
![]() |
| Ya Allah aku hamba-Mu yang HINA sujud memohon ampun atas segala dosa ku Ya Allah. :/ |
![]() |
| Kebebasan dan keamanan juga antara nikmat Allah. Namun pernah kah kita bersyukur ? |
![]() |
| Al-Quran cahaya penyuluh hidup. Berikan lah kami kemudahan dan kelapangan dada untuk memahami maksud-Mu Ya Allah :( |
![]() |
| YA ALLAH. RUNTUH HATI INI. |
Hamba sangat suka kagum dan terkesima dengan salah satu doa
Rabiah al-Adawiyah yang dalam doanya mengatakan
“ Ya Allah, jika aku mencintai-Mu lantaran aku takut akan
api neraka-Mu, dan inginkan kenikmatan syurga-Mu, maka lemparkan lah sekarang
juga aku ke dalam neraka-Mu dan jauhkan lah aku dari syurga-Mu, namun bila aku
mencintai-Mu kerana memang hanya Engkau yang patut di cintai, maka jangan
Engkau tutup tabir-Mu untuk diriku” :’)
MANFAAT ILMU YANG TERSIMPUL MENJADI HARAPAN TATKALA LIMPAHAN
ILMU DI USAI DI CICIP TUAN HAMBA SEKALIANJ SEBARKAN CINTA!








No comments:
Post a Comment