Thursday, 29 November 2012

HANYA KERANA EPAL :)



HANYA KERANA EPAL  J

Assalamualaikum J

JOM MENGETEH kembali lagi. Err. Okay kali ni hamba nak berkongsi mengenai perihal “kasih sayang”. Nilai-nilai sejagat melalui persahabat dan ukhuwah yang sejati dalam ikatan persaudaraan.  Kasih sayang adalah motivasi teragung untuk berubah. Kelebihan dan keupayaan kita untuk berkasih sayang  dengan insan yang lain sebenarnya di bentuk oleh pengalaman kita berkasih sayang dengan diri kita sendiri. Kita selalunya suka di kasihi sebagaimana kita berkasih dengan orang lain. Hmm. Pening ayat kasih sayang tadi ? Tapi InsyaAllah ayat tadi mencerita kan tentang kuasa kasih sayang dalam kata dasar . NAH ! Namun pernah tak kita terfikir macam mana nak membentuk ukhuwah dan nilai tersebut? Melalui apa ek ? HARTA ? PARAS RUPA ? KEBIJAKSANAAN? EPAL?


Acece. Alang-alang tersebut pasal epal, hamba ada satu kisah yang menunjukkan betapa hanya dengan kerana sebiji epal mampu untuk membentuk ukhuwah. Namun terdapat juga segelintir yang memikirkan tentang duit dan kekayaan sahaja dengan mengabai kan nilai persahabatan. So sekarang masanya untuk hamba menceritakan kisah tersebut. Mungkin tidak menarik, namun InsyaAllah bermanfaat J

Alkisahnya…..*Pandang ke atas, bayangkan…*


*****
Puan Sarah adalah seorang wanita yang baik dan disenangi ramai. Beliau sangat sayang dan kasih kepada dua anak kembar lelaki beliau yang masih kecil, Arif dan Sazlan. Mereka berumur lapan tahun. Suatu hari, Puan Sarah memberikan setiap anak kembar beliau sebiji buah epal yang  merah,besar dan ‘juicy’. Arif dan Sazlan memasukkan buah epal tadi kedalam bekas makanan bersama bekalan nasi goreng untuk bekalan pada waktu rehat yang disediakan ibu mereka. Sewaktu rehat, Arif telah menjual buah epal itu dengan harga dua ringgit. Dia mahu mengumpul duit dengan harapan mahu membeli alat permainan terbaru. Arif telah menjual buah epal tadi kepada kawannya yang kaya, Hazwan. Hazwan memang terkenal dengan sifatnya yang gemarkan makanan. Dia telah memberi duit kepada Arif dan mengambil epal tersebut. Dalam pada masa yang sama, Sazlan berasa kesian kepada seorang budak miskin yang berpakaian lusuh dan duduk di pagar sekolah sewaktu rehat. TIada apa-apa untuk dimakannya. Lalu, Sazlan memberikan epal tersebut kepada budak miskin tersebut.


Epal yang  merah,besar dan ‘juicy’.



Pada keesokkan harinya, budak miskin tersebut telah berterima kasih kepada Sazlan kerana pemberian buah epal tersebut. Dia juga telah menolong Sazlan untuk mengangkat beg sekolahnya dan sama-sama mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Arif pada masa yang sama, kecewa. Hazwan telah menipunya dengan memberikan duit kertas dua ringgit yang koyak. Arif menangis tetapi Sazlan gembira bersama sahabat barunya,sahabat yang baik J


Surah Ar-Rum,ayat 21 (30:12) yang bermaksud

“ Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis mu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir”


Giving and Sharing. Do you believe that the love of money is the first step towards all kinds of sin ? Some principles to keep away from love of money. Realize that one day riches will all be gone. Be content with what we have. Monitor and conduct what we are willing to do to get more money. Love people more than money. Love Allah’s work more than money. Freely share what you have with others. Because I believe that life takes on new meaning when we give ourselves to others.

MANFAAT ILMU YANG TERSIMPUL MENJADI HARAPAN HAMBA TATKALA LIMPAHAN ILMU DI USAP DI CICIP TUAN HAMBA SEKALIAN :) SEBAR KAN EPAL ! 

Tuesday, 27 November 2012

AGAR SELALU DI SAYANGI ALLAH :)



AGAR SELALU DI SAYANGI ALLAH J


Dalam kehidupan sehari-hari, seorang individu muslim pasti akan merasakan berbagai gejolak emosi, kadangkala merasa kan indahnya jatuh cinta, kadangkala merasakan amarah  benci, kadangkala merasakan jiwanya di bayangi ketakutan bahkan merasakan luapan kegembiraan,kesediaan, rasa marah,cemburu, dan iri hati. Ewah ewah ewah. Hamba merasakan seolah berada dalam drama/filem yang bermain-main dengan pelbagai emosi dan perasaan sendiri. Terfeeling gitu. HAHA

Yeah! Bercakap mengenai perasaan, hamba sebenarnya nak bercakap perihal mengenai CINTA. Alaaaa. Hamba bukan nak bercakap mengenai cinta romantic yang kamu kamu semua pernah lihat kat laptop mahu pun TV. Apa?! The Vow? Titanic? The Shakespeare love ? Ish ish. Lagha semua tu.
Tapi hamba nak bercakap mengenai perasaan CINTA DAN NIKMAT Allah yang datang kepada kita melalui pelbagai cara. Tersendiri katanya. CLASS tak ?! VARIASI CINTA.

Mungkin kita selalu terlepas pandang bahawa cinta dan nikmat Allah itu kadang-kadang selalu datang dengan cara yang kita tidak jangka kan. Rasa cinta kepada Allah adalah cinta manusia yang sangat mulia kerana mewujudkan kebahagian dan kenikmatan rohani J Untuk mendapat perasaan indah cinta Allah itu, kita mesti memahami dan menghayati isi Al-Quran itu sendiri. Jadikan kitab Agung itu sebagai panduan dan cahaya dalam kehidupan J Jika manusia mahu memerhatikan dan mengira segala nikmat yang di berikan oleh Allah, maka ia tidak mampu menghitungnya. So macam biasa hamba ada satu kisah yang menunjukkan betapa kita selalu tertinggal untuk bersyukur atas nikmat dan cinta yang di kurniakan oleh Allah kerana nikmat dan cintanya tidak datang dengan cara yang kita harap kan.

Alkisahnya… *TARIK NAFAS DULU, RELAX BARU BACA*

*****
Akhirnya, masa itu tiba. Azhar, anak muda yang sedang menunggu hari untuk menerima Ijazah graduasi selepas berjaya menamatkan zaman pembelajarannya di dalam bidang Farmasi di sebuah universiti tempatan yang ternama. Dia bangga. Puas setelah segala penat lelah, akhirnya dia bakal mengenggam segulung ijazah kejayaan yang di impikannya selama ini.
*****
Selama berbulan-bulan, dia sangat  mengidamkan  untuk memiliki sebuah kereta sport yang berwarna merah yang di lihatnya di sebuah ‘showroom’ berhampiran rumah keluarganya. Dengan mengetahui kemampuan ayahnya yang mampu untuk membeli kereta tersebut, Azhar pantas memberitahu permintaannya itu kepada ayah.
Majlis graduasi semakin hampir. Anak muda itu menunggu untuk menerima sebarang petanda ataupun kejutan yang ayahnya telah membeli kereta tersebut. Akhirnya pada pagi di hari majlis graduasinya, ayah memanggil Azhar untuk pergi ke bilik bacaan di tingkat bawah rumahnya. Azhar berlari menuruni tangga. Langkahnya kian laju. Setibanya di bilik bacaan, ayah memberitahu  yang dia sangat bangga memiliki anak yang baik dan berjaya seperti Azhar. Malahan, ayah memberitahu betapa dia sangat mencintai anak tunggalnya itu. Azhar bangga dalam masa yang sama dia hanya memikirkan kereta sport idamannya itu. Kemudian ayah mengeluarkan satu balutan kotak terhias indah yang berwarna biru. Curiga,ingin tahu namun hati Azhar kecewa setelah membuka balutan itu. Di dalamnya terdapat sebuah naskhah Al-Quran yang berkulit hitam beserta nama “Azhar” yang terukir di atas ‘bookmark’ naskah suci itu yang disaluti dengan warna  emas. Bengang, marah. Azhar meninggi kan suaranya kepada ayah dan berkata “dengan segala duit dan kekayaan ayah,  hanya buku ini yang mampu ayah bagi kepada saya?!”. Azhar geram  dan meninggalkan Al-Quran pemberian daripada ayahnya itu. Hatinya penuh dengan api-api dendam.
                                                                            *****
Tahun demi tahun berlalu. Azhar kini berjaya di dalam bisnes  rangkaian farmasinya yang  terdapat di seluruh negara.Dia mempunyai segalanya. Rumah yang besar,indah. Keluarga yang bahagia. Dia merasai kekurangan. Dia menyedari keadaan ayahnya sudah lanjut usia. Seringkali terfikir di dalam hatinya yang dia harus melawati ayahnya. Namun hatinya keras. Azhar tidak pernah berjumpa dengan ayah sejak peristiwa di pagi hari majlis graduasinya itu. Kali ini dia benar-benar terpanggil untuk melawat ayahnya, walaubagaimanapun,sebelum sempat dia mengatur pertemuan dengan ayahnya, Azhar menerima panggilan daripada peguam ayahnya yang menyatakan bahawa ayah sudah pergi menghadap Ilahi dan meninggalkan segala harta warisan kepada Azhar. Dia perlu pulang ke rumah ayahnya dengan kadar segera dan menjaga segala harta benda yang di tinggalkan untuk nya. Dia juga perlu menyimpan segala kertas-kertas penting yang di wasiat oleh ayahnya.
                                                                   *****
Apabila dia tiba rumah ayah, secara tiba-tiba perasaan sedih dan bibit-bibit penyesalan lahir dari benak hatinya. Hatinya harus kuat. Alhamdulillah segala proses pengebumian ayahnya berjalan dengan lancar. Hatinya rapuh mengingat kan tindakan bodoh yang di lakukan sehingga sanggup mengabaikan ayahnya sendiri . Azhar mula mencari kertas-kertas penting seperti yang diarahkan oleh peguam ayah dan tatkala asyik mencari, tiba-tiba dia ternampak naskah Al-Quran sama yang telah di tinggalkan oleh dirinya beberapa tahun lalu. Itulah pemberian ayah. Keadaannya masih baru. Segala memoir lampau yang berlaku terus mengasak di fikirannya.

Dengan tangisan dan hati yang penuh dengan penyesalan, dia membuka kalam suci Allah itu dan membelek-belek dari satu muka surat ke satu muka surat.  Ayahnya telah membuat tandaan dengan mengariskan ayat 16 di surah Al-Maidah(5:16) yang bermaksud Dengan Kitab(Al-Quran)  itulah Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu juga Allah mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izin-Nya, dan menunjukkan jalan yang lurus”. Sedang dia membaca ayat-ayat Allah itu, sebuah kunci kereta terjatuh dari belakang naskah itu.

Ya Allah hatinya berbisik. Kunci tersebut bersama dengan tag kereta yang diidamkan selama ini dan sama dengan jenis kereta yang betul-betul di lihatnya di ‘showroom’ tersebut. Di tag tersebut, tertulis tarikh graduasinya dan frasa, “Untuk anakku tercinta,kejarlah cita-citamu dan berpeganglah dengan kitab ini sebagai panduanmu”. Hatinya runtuh. Bisu. Kaku.

******

Haaa. Sedih tak? So kat sini hamba nak bertanya kedalam hati tuan hamba sekalian, pernahkan kita tertanya dengan diri kita, berapa kali kita tidak bersyukur dengan rezeki Allah dan terlupa akan nikmat-Nya kerana segala nikmat, kasih, cinta dan rezeki-Nya tidak datang dengan cara yang seperti kita harapkan? Kejar lah cinta ALLAH J BERSYUKUR KEPADANYA :/



Ya Allah aku hamba-Mu yang HINA sujud memohon ampun atas segala dosa ku Ya Allah. :/


Kebebasan dan keamanan juga antara nikmat Allah. Namun pernah kah kita bersyukur ?

Al-Quran cahaya penyuluh hidup. Berikan lah kami kemudahan dan kelapangan dada untuk memahami maksud-Mu Ya Allah :(


YA ALLAH. RUNTUH HATI INI.


Hamba sangat suka kagum dan terkesima dengan salah satu doa Rabiah al-Adawiyah yang dalam doanya mengatakan

“ Ya Allah, jika aku mencintai-Mu lantaran aku takut akan api neraka-Mu, dan inginkan kenikmatan syurga-Mu, maka lemparkan lah sekarang juga aku ke dalam neraka-Mu dan jauhkan lah aku dari syurga-Mu, namun bila aku mencintai-Mu kerana memang hanya Engkau yang patut di cintai, maka jangan Engkau tutup tabir-Mu untuk diriku” :’)

MANFAAT ILMU YANG TERSIMPUL MENJADI HARAPAN TATKALA LIMPAHAN ILMU DI USAI DI CICIP TUAN HAMBA SEKALIANJ SEBARKAN CINTA!



Monday, 26 November 2012

Harta dan kekayaan. Apa analoginya ?





Haa. Alang-alang dah cuti ni. Setiap manusia mengingin kan kekayaan bukan. Nescaya nafsu dalam diri mesti menghasut jiwa, nafsu,kalbu dan haa segala-galanya lah untuk mendapat kan kekayaan sebanyak yang boleh! Hamba ada satu kisah 'pada zaman dahulu' dah macam kartun kat Astro ceria lah pulak yang pasal kancil tu. Tapi ini bukan. Ini merupakan satu kisah analogi yang menunjukkan kenapa lah kita perlu kan harta yang banyak banyak banyak sedangkan...

Alkisahnya.

Hujung minggu. Suasana damai di mana-mana.  Seorang Raja berjumpa dengan seorang penunggang kuda terhebat di negara tersebut dan berkata “Jikalau tuan hamba mampu untuk menunggang kuda dan merantau ke seberapa banyak tanah dan kawasan yang tuan hamba mampu, nescaya beta akan hadiahkan tanah dan kawasan tersebut kepada tuan hamba mengikut jumlah tanah dan kawasan yang tuan hamba rantau”. Seperti di sangka, penunggang kuda tersebut,pantas dan bingkas menaiki kudanya, dan menunggang selaju yang boleh untuk merantau ke beberapa banyak kawasan yang mampu di rantaunya. Dia terus menunggang dan mengasak kudanya untuk berlari sepantas yang boleh. Apabila dia terasa lapar dan penat, dia tidak berhenti kerana dia mahu untuk merantau ke kawasan sebanyak yang dia mampu,dengan harapan untuk memiliki tanah dan kawasan tersebut. Sampai satu masa, dia telah merantau ke setiap pelosok tanah dan kawasan di negara tersebut dan dia mendapati dirinya lemah, kepenatan dan nazak. Kemudian, dia berkata kepada dirinya, “Mengapa aku memaksa diri aku dengan penat lelah untuk merantau dan mengumpul sebanyak tanah dan kawasan yang aku mampu? Dan sekarang aku sedang nazak dan sedangkan aku hanya memerlukan jumlah tanah yang kecil untuk mengebumikan diri aku”.


Surah Al-Imran, ayat 14 (3:14) Yang bermaksud “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang di inginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik”

Ini kah erti kekayaan dalam diri kita ?

Kata-kata pujangga :)

Liang lahad. Tanah yang kecil. Bekalannya hanyalah amalam di dunia sahaja. Sudah bersedia kah kita ?


Kisah di atas adalah analogi dengan perkitaran hidup kita sekarang. Kita selalu memaksa diri hampir setiap hari untuk mengumpul duit, harta, kuasa dan kredibiliti. Sehinggakan kita sanggup mengabaikan kesihatan, masa bersama keluarga dan penghargaan kepada keindahan alam semulajadi. Suatu hari nanti apabila kita memikirkan semula apa yang kita buat, kita akan katakan bahawa kita tidak memerlukan semua itu, tapi kita tidak mampu untuk memutar masa untuk melakukan apa yang kita tertinggal. So take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Hidup ini singkat. Life is short no matter how long we live. Do not take life for granted. Live for Allah today! Live a balance lifestyle-enjoy life :)

Jom mengeteh :)



Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun.Bersyukur dengan segala nikmat dan hidayah-Nya dapat juga hamba berkongsi bingkisan yang julung-julung kalinya di tulis.

Ini buat kali pertama hamba ini menulis warkah ini dengan harapan sekadar berkongsi bingkisan untuk hati dan mengisi jiwa hamba serta hamba-Nya yang lain. 

Cliche tak ayat tadi ? Kan kan ?!

Ahhh Okay tu ayat "cliche" skema. Ikut format katanya. 

HAHA :) Tapi betul la kan ?
Okay kembali *serius* 

Kita barangkali mengetahui akan hakikat hidup ini. Betapa menyeru kepada kebaikan atau pun amar makruf itu adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah, waima dengan sepatah perkataan. Haa ambik kau. waima gitu. Tapi betul lah. Walaupun dengan satu perkataan pun dah di kira sebagai amalam yang akan di pandang Allah. Selagi mana  kita sentiasa istiqomah dengan usaha menyeru ke arah ketaatan kepada Allah :) Sama ada melalui lidah mahupun pena. Tak gitu ? 

Tiada apa yang lebih bermakna selain daripada kepuasan apabila tuan hamba  semua dapat meneguk manisnya ilmu yang terkandung dari setiap post-post yang akan di warkah kan :) Dan tiada apa yang lebih berharga selain menjadi sebahagian daripada pemangkin pembangunan tamadun cinta kan ilmu biarpun ia harus melalui proses yang panjang. Persis pepatah lama Cina yang berbunyi, "andai ingin kan kebahagiaan setahu, senailah benih, andai inginkan kebahagiaan sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai ingin 
kan kebahagiaan seratus tahun,didik lah manusia" :) InsyaAllah :)


Pada lembaran in, hamba hanya nak sentuh mengenai pengenalan untuk post-post yang akan datang. haa. Nampak tak perancangan hamba ? Tersusun kan ? Sangat dinamik dan tersendiri. HAHA 


Alaaa, walaupun baru terhegeh-hegeh, tertatih-tatih nak belajar buat wacana ilmu ini( Blog "letstehtarik") tapi hamba mampu juga belajar WALAUUPUN *gaya menyampah*. Hehe :)


Wacana ini akan hamba perkongsi kan secara umumnya dengan kisah-kisah nasihat takpun dengan kisah norma masyarakat dari kaca pandangan tuan hamba namun secara tidak langsung dapat kita merefleksi diri kita sebagai hamba Allah. 

Mungkin lembaran wacana hamba ini tidak mampu untuk mencangkupi dan mempersembahkan kesempurnaan ilmu yang amat luas ruang lingkupnya, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menjadi sebahagian ruang untuk mancapai kesempurnaan tersebut. Haa. faham tak ? Lantas InsyaAllah dengan ia dapat tumbuh segar menjadi banat dan rimba ilmu 
yang berharga :)

Namun hamba pun masih mencuba untuk memperbaiki diri yang lemah. :) namun kita harus yakin bahawa cahaya dan hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara :) So kitaharus ambil peluang dan jangan biar kan hidayah itu berlalu pergi begitu sahaja. Hidayah Allah, jangan kau pergi lagi :'(


Hidayah Allah harus di cari dan di pohon kepada Allah :) Ia tidak datang dengan sendiri :)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" ( Surah Fussilat: 33)


And who is better in speech than him who prayeth unto his Lord and doeth right , and saith : Lo! I am of those who surrender ( unto Him ) .( Surah Fussilat: 33)

Manfaat ilmu yang tersimpul menjadi harapan tatkala limpahan ilmu di usai di cicip tuan hamba sekalian :)


*hamba*